Saturday, April 23, 2011

Visi dan Misi

Visi

Kenyataan Visi

Falsafah Perniagaan GoodMorning Global®
• Untuk mewujudkan kesedaran dalam isu-isu kesihatan
• Untuk membentukkan program kecantikan yang menyeluruh
• Untuk mencapai kepuasan pelanggan
• Untuk mengembangkan pengedaran khas
• Untuk memberi khidmat pelanggan yang terbaik

Menjamin kepentingan para pelanggan, rakan kongsi, para pembekal, dan para kakitangan merupakan falsafah syarikat kita. Oleh demikian, kami sentiasa berusaha untuk memenuhi kepuasan harapan pelanggan kita. Goodmorning ® Global percaya bahawa dengan pendekatan holistic yang menyeluruh, kami akan mencapai status kesihatan yang diharapkan.

Ini akan ditunjukkan melalui dasar visi kami yang diwakili oleh akronim "HSBC":

• Siri “Health” (Produk Suplemen Kesihatan)
• Siri “Star” (Produk Penjagaan Kulit)
• Siri “ Beauty” (Produk Kosmetik dan Kecantikan)
• Siri “ Care” (Produk Sanitasi)

Misi

Misi Good Morning Global® adalah untuk menjadi syarikat pengedaran produk suplemen kesihatan dan produk kecantikan yang terbaik dalam industri ini. Dedikasi kami adalah memberi perkhidmatan yang istimewa serta menawarkan pelbagai pilihan untuk para pelanggan kami.

Falsafah GoodMorning Global® adalah untuk membina ikatan koporat yang terkuat dalam keunggulan kepimpinan dan kerja pasukan yang berdedikasi serta mencipta persekitaran kerja yang kondusif di mana idea-idea, inisiatif dan kepercayaan boleh dibentukkan.

Kami berdedikasi sepenuhnya untuk mengukuhkan kesetiaan pelanggan dan wakil penjual melalui tadbir urus syarikat yang istimewa dengan transparensi dan kebertanggungjawaban  berdasarkan kejujuran, integriti dan profesionalisme untuk manfaat semua.

No comments:

Post a Comment